Sunday, July 28, 2013

Tazkirah Bersama ustaz Anzaruddin Ahmad - Nuzul Al Quran

Oh hari ni sekali lagi sebelum siapkan juadah berbuka rasa nak menulis pulak..
19 Ramadhan.. Memasuki fassa 10 malam terakhir sudah... Berharap dapat memanfaatkan sebaiknya malam-malam yang mungkin akan terjadinya Lailatul Qadr.. Ya Allah moga2 dapat berjumpa dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan ni..

Teringat Tazkirah Mingguan Jumaat lepas bersama Ustaz Anzaruddin bin Ahmad.. Tajuk kami beri "Nuzul Al-Quran".. Maklumlah kebetulan Jumaat tu bersamaan dengan 17 Ramadhan. Kalau mengikut jadual asal, Ustaz Hanafiah..Tapi tak dapat nak memenuhi komitmen kerana ada program lain.. Sepatutnya digantikan dengan Ustaz Ahmad Dusuki.. Tapi, sekai lagi, diberitahu Ustaz Ahmad Dusuki ta dapat nak beri kuliahnya.. Dah la hari khamis baru beritahu, terpaksa staf berusaha mencari Ustaz lain secepat mungkian.. Takpelah.. Daripada pembatalan 2 ustaz itu kami 'bertemu' dengan Ustaz Anzaruddin. Secara jujurnya saya sendiri tak pernah dengar nama Ustaz ni.. Cuma sempat search google la rupanya banyak juga di youtube..

Ustaz datang dan mulakan kuliah tepat jam 9.. (agaknya) ..Hehe..sebab saya sampai lewat sedikit.. Saya sampai Ustaz dah pun mula.. Berada dalam kuliah itu terasa macam duduk dalam kelas sirah, tapi sangat-sangat menyeronokkan.. Terima kasih ustaz.

Pertama sekali Ustaz kata, kalau nak belajar Sirah Nabi, kena ingat 3 nombor penting ini, : 40, 13 dan 10.. Kepada yg memang biasa dan hafal sirah Nabi ( sepatutnya semua kena tahu pon ), tentu tau nombor2 apakan itu..

1. 40 : Usia nabi ketika menerima Wahyu
2. 13 : Jangka masa nabi berdakwah di Mekah
3. 10 : Nabi berdakwah di Madinah

ustaz sambung lagi, kalau la cucu tanya, " Atok berapa umur Nabi ketika Hjrah? '' Jawapnnya apa? 40 + 13 la kan? Hehe..nampak tak di situ

Ok.. Sekarang kalau cucu tanya lagi,  "Berapa usia Nabi wafat?" Jawapannya?? Mestila 40+13+10 = 63.
Nampak tak permainannya di situ.. Hehe..nak belajar sirah kena mahir Matematik jugak.. Kan..

Itu antara sebahagian daripada intipati bagaimana Ustaz memulakan tazkirah pagi itu.. Memang tak jemu berada dalam kuliahnya.. Antara lain lagi, Nabi mula berpuasa ( disyariatkan berpuasa) adalah pada tahun ke-2 Hijrah. Iaitu turun wahyu yang mensyariatkan berpuasa adalah 2 minggu sebelum Bulan Ramadhan. iaitu pada Bulan Syaaban. Nampak tak betapa Allah sayangkan hambaNya.. Ada notis di situ.. Macam kita la kalau bekerja tiba-tiba kena outstation, mesti bos bagaitau awal kan.. Supaya kita boleh buat persediaan..

Nabi wafat pada tahun ke 11 Hijrah.. Jadi Nabi sempat berpuasa sebanyak 9 kali sahaja. ( Dari tahun ke-2 Hijrah hingga Tahun ke-10). Adapun Nuzul AlQuran itu adalah hari di mana Allah turunkan 5 ayat pertama surah Al-'Alaq..  Ustaz ada juga selit berkenaan Malam AlQadr. Lazimya Lailatul Qadr di katakan pada 10 malam terakhir.. Tapi ramai yang mengabaikan malam 17 Ramadhan.. Ada kemungkinan juga Lailatul Qadr adalah pada malam 17 Ramadhan.. Alamak kalau 17 Ramadhan, dah terlepas la.. Dah la tido jre kan malam tu.. Hehe.. - Ustaz kate- Itu la sebabnya, kita sepatutnya amalkan ibadat malam sepanjang Ramadhan..Dan lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir.

Menyentuh tentang malam Al qadr ni, bila ditanya kepada sahabat-sahabat ada yang menyatakan malam Alqadr  adalah pada 23 Ramadhan, ada yang kate, 21 Ramadhan, ( sebenarnya ustaz ada menyebutkan nama-nama sahabat yang ditanya..Tapi, saya lupa..hehe). Bila ditanya Aisyah, beliau menyatakan pada 29 ramadhan.. Dan bila ditanya kepada Bilal bin rabah, adalah pada malam ke 24. Ini semua adalah berdasarkan pengalaman para sahabat bersama Rasulullah.. Kesimpulannya apa? Kena la kita istiqamah mencari sepanjang malam-malam terakhir Ramadhan.

Ustaz jugak ada kate, antara tanda-tanda bagi orang yang menemui malam Alqadr ni macam orang yang dapat haji mabrur lah..Kalau ada org balik haji kita tgk berubah jadi baik, berubah 180 darjah daripada sebelumnya. - 180 darjah je.. sebab kalau 360 darjah nanti dia patah balik ikut perangai lama- hahaa..kaaan.. Betul jugak cakap  Ustaz..

 Macam tu jugak bagi orang-orang yang menemui lailatul qadr. Kalau sebelum ni mungkin orang tu , garang suke marah-marah, suke menengking, lepas jumpa lailatul qadr, dia jadi orang yang lemah lembut, cakap tak menengking lagi.. Mungkin la.. Maknanya orang dapat nampak perubahannya jadi lebih baik..
Allahhh... Mudah-mudahhan kita dapat bertemu dengan malam yang mulia itu..

Oh.. ada lagi satu perkara yang Ustaz beritahu dan saya nak kongsikan : 5 hak Muslim terhadap Al-Quran :

5 hak muslim thadap Al Quran :
1. Hak utk didengar - kena slalu dgr
2. Hak utk dibaca
3. Hak utk djadikan sumber penyembuhan dan penawar
4. Hak utk di 'tadabbur maanihi' (hayati maknanya )
5. Hak utk diambil sbg hukum - Book of Law
Allahu A'lam








Sunday, July 21, 2013

Istikharah Ramadhan

12 Ramadhan sudah hari ni.. Masya Allah...cepatnya.. Aku kalau oleh, biar Ramadhan ni laaamaaa.. Sbb aku tak suke Aidilfitri.... Kenapa? Hanya kerana saya masih sngle.. Ya Allah, Engkau lebih tahu..

Terasa nak menulis sesuatu sebelum brsiap untuk buat juadah bbuka puasa..Dah 2,3 hari  talian telefon takde.. Nasib baik lah ada data plan ni boleh juga intai2 muka buku, wassap2.. Eh, tapi sekarang ni jarang aku berwassap dah.. Takde sape nk wassap aku..(gedix) :p

12 Syaaban yg lalu seorang aku kehilangan seorang kenalan.. Sekejap saja mengenali dia..Sekejap sgt Allah pnjamkan dia sbg kenalan aku.. Dia sgt baik.. Aku kira dgn smua org pun dia sgt2 baik jg..Kali terakhir jmpa dia pd Februari ( mgkin..) Terkilan sbb tak dapat melawat da ketika sakit.. Pemergiannya jga pda hari Jumaat yg mulia.. Tentu dia selalu dirindui keluarga dan teman2nya.. Alfatihah buat arwah.. Semoga dia tenang  di sana..

Tetiba teringat arwah.. Sebab arwah lah yg memperkenalkan aku dgn seseorang.. Kenalkan sebagai rakan sekerja dia je .. Aku je yg nak kenal dia lebih.. Haha.. Dapat cuba utk kenal dia..Tapi, kelihatannya aku semakin jauh dgn dia.. Aku tak tahu kenapa.. Mungkin Allah sedang memberikan petunjukNya.. Sebab Allah lebih Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.. Semoga istikharah sepanjang Ramadhan ini memberi jawapan terbaik untukku..

Eeeeeeee.. sangat tak bestnya update blog thru BB ni..

Sambung nnti lah

Tuesday, April 9, 2013

Sakitnya KEHILANGAN

" KEHILANGAN" memang sangat menyakitkan dan menyedihkan.. Sekiranya boleh memilih, pasti kita memilih untuk tidak pernah merasa kehilangan.. Hilang harta , hilang kepercayaan , hilang kasih sayang dan yang paling kita tidak akan suka 'hilang' orang yang kita sayang.

Kadang-kadang kita "kehilangan" seseorang yang selalu membuat kita rasa bahagia.. Bahagia bagi ku adalah apabila orang itu bisa membuat aku rasa tenang bila resah, rasa damai bila hati rasa marah dan membuat ku tersenyum bila bersedih.. Orang yang selalu mengingatkan aku kepada Dia yang menciptakan dan selalu membuatkan aku rasa sangat dekat dengan Nya... ( hai hati....tak payah nak berdebar sangatlah.. hahaa.. ). Aku tak tahu kenapa aku rasa sangat kehilangan saat ini.. ;(  ..

Ternyata saat kita sedih, kita akan lebih mudah untuk mendekati Nya.. Mungkin aku mula terleka dan lupa untuk mendekati Nya.. Kerana itu Allah hadirkan rasa 'kehilangan' ini agar aku rasa ingin lebih dekat dengan Nya..  Indahnya aturan Mu Ya, Allah.. 

Aku mohon agar aku takkan terus merasa kehilangan ini. Kerana Engkau selalu ada dekaaat dengan hambaMu..

Ya Allah, damaikan lah hatiku dengan ketentuan Mu..


MooD : Sedih dan sayu... Kenapakah???

Friday, April 5, 2013

Doa ku untuk dia...



Ya Allah
Kalau memang dia jodohku,
Bukalah pintu hatinya untukku,
Jagalah dia untukku,
Jaga hatinya agar tidak jatuh hati pada yang lain...

Tapi Ya Allah,
Kiranya dia bukan lah jodohku,

Jangan biarkan aku berharap lagi..
Dan jangan Engkau biarkan aku kecewa..

Kau temukan lah aku dengan yang lebih baik dari dia..
Yang selalu mengingatkan aku kepada Mu,
Yang membuatkan aku rasa dekat dengan Mu..


Aku yakin Ya Allah,
Kiranya dia jodohku,
akan ada jalanMu yang akan menemukan kami nanti.
Aturan Mu terbaik untuk kami..
Kau tunjukkan lah jalan terbaik untukku..

2013...Pantasnya masa berlalu

Hari ni 5 April 2013 sudah...
Banyaknya dugaan sepanjang beberapa minggu yang lalu.
Berharap semuanya telah jelas dan selesai..

Kesibukan kerja yang melampau memang dapat melupakan seketika 'kesunyian' ini.
Tapi sampai setakat mana saje lah semuanya ini.
Yang penting, moga-moga kesibukan ini tidak akan melupakan dan melalaikan ku dengan tanggungjawab dan amanah sebagai hambaNya.

Ya Allah kurniakan lah kami orang-orang yang mencintaiMu
Yang selalu mengingatkan kami kepadaMu...
Yang selalu mendekatkan kami kepadaMu...

Aku dah jumpa orang itu..
Berharap dia akan terus ada dalam hidupku..

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir...

Friday, November 9, 2012

Ya Allah aku mohon...

Ya Allah,
Aku tak tahu kenapa Engkau temukan aku dengan dia...
Dan aku tak tahu mengapa Engkau takdirkan aku untuk mengenal dia...

Tapi Ya Allah...
Seandainya dia bukan jodoh ku,
Jangan lah Engkau biarkan hati aku suka kepada dia...
Jangan biarkan aku berharap sesuatu dari dia...
Dan akhirnya kecewa...

Ya Allah,
Engkau lebih tahu apa yang ada dalam hatiku...
Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku...
Peliharalah hati ini dari segala resah kerana perkara-perkara dunia...
dan jauhi aku dari rasa cinta yang melampau kepada dunia...
Biarkan lah aku sibuk menyiapkan bekalan untuk akhirat...

Aku mohon agar aku kuat untuk mengharungi dugaanMu...





MooD : Jiwang sikit-sikit...